Friday 12 June 2015

Kisah Perkahwinan

Last weekend was a big day for my SIL. It was a very tiring event but a very fun 4 days, 4 night wedding ceremony. I was surprised that I enjoyed it so much. Tak stress okay macam dulu-dulu. Faktor usia dan kematangan buat saya boleh enjoy the flow.  Anak-anak pun seronok tetapi mereka tanya kenapa kena pergi rumah Tuk Leng hari-hati? Well kids, kena sabar sikit eh. bear with it because 2 more wedding event I tell ya.
I love weddings. They always made me reminisced ours. This year genap kami 9 tahun. Anak pun sudah 3 Alhamdulillah. Bila makin besar, makin banyak akalnya, makin kami kena jaga percakapan. Anak anak selalu confuse bila kami bertelagah. Silap kami kadang kadang terlepas, tak dapat kawal diri lalu naik angin. Kalau orang tahu apa punca kami bertengkar mesti geli hati pelik dan cakap ‘ek eleh bende camtu pun nak bawak gaduh’. Hahaha, but that’s us. Selalunya Sophia yang akan jadi jaksa pendamai. Dia tu, x boleh tengok kalau saya marah. Nanti dia kata, mama jangan marah papa. Tadi saya nampak mama marah papa. Saya cakap pada dia, mama tak marah papa, mama sayang papa okay!
Saya dan suami bagaikan langit dan bumi. Kami tidak sekufu dalam banyak perkara tetapi saya sangat perlukan dia. Mungkin lebih dari dia perlukan saya. Ini yang saya rasa, tidak pula pernah nak tanya dia. Tapi kami punya impian yang sama. Mahu jadi kaya dan beragama, mahu jadi kaya dan berjaya. Mahu jelajahi dunia bersama-sama. Mahu grow old together and tease each other. Saya cuma mampu berdoa moga Allah panjangkan jodoh dan umur kami. Semalam suami kata pada saya, dia berharap dia pergi dulu sebelum saya. Lalu saya jawab, wah ini selfish mahu saya tempuh life seorang diri uruskan semuanya. LOL! Tapi jodoh dan ajal bukannya ditangan kita. Andainya saya pergi dulu, saya mahu suami saya itu move on dan moga Allah kurniakan dia teman hidup baru dari kalangan yang baik-baik. Kawan pernah tanya saya bagi tak suami kahwin lain kalau saya mati dulu. Hahaha. Saya jawab, ini soalan apa ni? Kalau aku mati dulu macam mana aku nak beri kebenaran atau tidak? Tapi bagi saya, saya mahu dia kembali berpasangan dan harapnya boleh sayang anak-anak saya sekali. Saya memandang institusi kekeluargaan itu tidak lengkap kalau seorang sahaja yang kena handle dan fikir everything sebab fitrah dan kudrat lelaki dan wanita itu berbeza-beza.
Jadi anak-anakku Sarah, Sophia dan Ali, mama & papa sangat berharap jodoh dan umur kami panjang. Dapat lihat kamu semua berkeluarga dan jaga kamu dan isteri kamu dalam pantang. (too forward thinking I know!). Tapi jika takdir tak menyebelahi kita, kena pandai bawa diri dang ell into situations, Allah takkan menzalimi hambanya melebihi kemampuan mereka. Insyaallah, semua akan baik baik sahaja. Bye!

No comments:

Post a Comment